Kilang Repair Sofa

Notis privasi

Laman ini dikendalikan oleh Global Mars Sdn Bhd (Kilang Repair Sofa), No 18, Jalan BJ6, Taman Perindustrian Belmas Johan, 48000 Rawang, Selangor. Kemas kini: 31 Oktober 2026.

Gambar sofa yang anda hantar

Bila anda tambah gambar dalam borang sebut harga, gambar itu disimpan di pelayan Cloudflare supaya staf kami boleh buka melalui link dalam mesej WhatsApp anda. Gambar dipadam sendiri selepas 30 hari dan hanya digunakan untuk sebut harga.

Bila anda guna "Cuba sofa anda", gambar dihantar ke Cloudflare Workers AI untuk menghasilkan gambar contoh warna kain. Kami tidak menyimpan gambar itu kecuali anda menghantarnya bersama borang sebut harga.

WhatsApp

Bila anda tekan butang WhatsApp, mesej anda dihantar melalui WhatsApp (Meta). Kami guna nama, nombor dan maklumat dalam mesej hanya untuk membalas pertanyaan dan menguruskan kerja anda.

Statistik dan iklan

Laman ini guna Google Analytics dan Google Ads untuk mengira lawatan dan tekanan butang (contohnya WhatsApp dan borang), supaya kami tahu iklan mana yang berkesan. Google boleh menyimpan cookie dalam pelayar anda untuk tujuan ini. Laman ini juga mengingati pilihan bahasa anda dan bilangan percubaan AI dalam pelayar anda sahaja.

Hak anda

Anda boleh minta kami padam atau betulkan maklumat anda pada bila-bila masa. Hubungi kami di WhatsApp 010-200 7153 atau e-mel globalmars.sb@gmail.com.

In English

This site is run by Global Mars Sdn Bhd (Kilang Repair Sofa). Sofa photos you add to the quote form are stored on Cloudflare for 30 days so our staff can open them from your WhatsApp message, and are used only for your quote. Photos used in "Try your sofa" are sent to Cloudflare Workers AI to make a colour preview and are not kept by us. We use Google Analytics and Google Ads to count visits and button taps, which may set cookies. To have your details removed or corrected, WhatsApp 010-200 7153 or email globalmars.sb@gmail.com.

Kembali ke laman utama